pengikut

--==


Ahad, 4 Disember 2011

Kenapa Aku Seorang Perempuan???

Dulu,aku selalu tertanya..."mengapa aku dijadikan perempuan??..
aku cemburu dgn kaum lelaki....
mereka bebas ke mana sahaja mereka mahu..
kaum lelaki boleh buat sesuka hatinya...
kaum lelaki ada kuasa memimpin...
kaum lelaki bijak mengatur semuanya..
kaum lelaki lebih banyak masanya beribadah...
kaum lelaki ade hak membela kaum perempuan....
kaum lelaki itu,kaum lelaki ini...."...

Tapi bila dewasa,..
aku tahu hakikat sebenar.....
- jika aku lelaki,pasti aku menyalah gunakan kuasaku..
- jika aku lelaki,pasti aku akan memadukan isteri2 ku kerana sayang & ingin membela..
- jika aku lelaki,aku akan mengabaikan tanggungjawabku dirumah kerana semangat jihadku..
- jika aku lelaki,aku akan mengawal semuanya tanpa mengikut kata orang lain..
- Dan yg pasti jika aku lelaki,aku akan bongkak dengan ilmuku....

kini aku sedar akan hikmah Allah disitu...
aku bersyukur kerana aku adalah wanita....
aku bangga dengan kelebihan & kasih sayang Allah terhadap wanita..

- wanita adalah sayap lelaki...
- wanita adalah pelindung hati lelaki...
- wanita adalah penguat semangat lelaki..
- wanita adalah bidadari penghias syurga ilahi...
- wanita dipimpin,dibimbing dgn kasih sayang oleh insan bernama lelaki...
- wanita adalah saham bg lelaki atas setiap ibadah lelaki....

Begitu berharganya wanita disisi Allah,disisi lelaki dan dunia ...
Tapi sayang…
aku sedih melihat wanita yg mendedahkan "penghargaannya"...
Aku berazam supaya wanita yg hampir denganku…
akan aku didik mereka menjadi perhiasan yg Allah nilaikan....
Buat yg x tercapai olehku…
aku hanya mampu berdoa…
agar mereka tidak menjadi bahan api neraka....Aaminn..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan