pengikut

--==


Isnin, 31 Disember 2012

Tangisan Rasulullah S.A.W Menggongcangkan Arasy


Dikisahkan bahawasanya diwaktu Rasulullah S.A.W sedang asyik bertawaf di Ka'abah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir dengan menyebut:"Ya Karim! Ya Karim!
Rasulullah S.A.W menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti disalah satu sudut ka'abah, dan berzikir lagi:"Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah S.A.W yang berada di belakang lelaki tersebut mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat oleh lelaki tersebut akan seorang lelaki yang gagah, lagi tampan menawan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:


"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku kerana aku ini adalah orang Arab Badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah S.A.W.."
Mendengar kata-kata orang Badwi itu, Rasulullah S.A.W tersenyum lalu bertanya:


"Tidakkah engkau mengenali Nabimu wahai orang Arab??"
"Belum," jawab orang Arab Badwi itu.
"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" tanya Rasulullah S.A.W kembali.
"Saya percaya dengan yakin atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya.." jawab orang Arab Badwi tersebut..
Rasulullah S.A.W pun berkata kepadanya:" Wahai orang Arab Badwi! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"
Melihat nabi di hadapannya, orang Arab Badwi tersebut tercengang seperti tidak percaya kepada dirinya.


"Tuan ini Nabi Muhammad S.A.W?? "Ya" jawab Nabi S.A.W..Orang Arab Badwi tersebut segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah S.A.W. Melihat akan hal itu Rasulullah S.A.W menarik bangun tubuh oran Arab Badwi itu seraya berkata kepadanya:
"Wahai Orang Arab! janganlah berbuat sedemikian rupa. Kerana perbuatan itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada juragannya. Ketahuilah, Allah S.W.T mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang TAKABBUR yang meminta-minta untuk dihormati,diagung-agungkan akan tetapi untuk demi membawa berita.."
Ketika itulah Malaikat Jibril A.S turun dengan membawa berita dari langit, Jibril A.S berkata:"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:" Katakanlah pada orang Arab Badwi itu agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbangkan semua amalannya baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu,Jibril A.S kemudian pergi. Maka orang Arab Badwi itu pula berkata:


"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengan-Nya!" Kata orang Arab Badwi itu."Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah S.A.W bertanya kepada orang Arab Badwi tersebut.:"Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirah-Nya..Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya..Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka akan hamba memperhitungkan pula betapa kedermwanan-Nya.." jawab orang Arab Badwi tersebut..


Mendengar akan ucapan dan jawapan dari orang Arab Badwi itu, maka Rasulullah S.A.W pun menangis mengingatkan akan betapa benar kata-kata orang Arab Badwi itu..Air mata Rasulullah S.A.W meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril A.S turun lagi seraya berkata:


"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu ini, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya sehingga ia bergoncang. Katakan pada temanmu itu, bahawa Allah S.W.T tidak akan menghisab dirinya juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah S.W.T sudah mengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab Badwi itu tatkala mendengar berita tersebut. Lalu orang Arab Badwi tersebut menangis dengan esaknya kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya...Allahuakbar...




sumber:/kisah-kisah teladan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan