Manusia : "Eh! dah subuh dah??
Malaikat : "Bangunlah wahai Anak Adam..Tunaikan solat subuh mu..
Syaitan : "Alahhhh..!! kejaplah,tak payah bangun lagi..awal lagi ni...ZZzzzz....
Manusia : "Nak makan..laparlah...
Malaikat : "Wahai Anak Adam..mulakanlah makanmu dengan Bismillah..
Syaitan : "Ahhh.!! tak payah la..lambat kalau macam tu..makan terus ja..lagi senang
Manusia : "Hari ni nak pakai apa ye??...
Malaikat : "Wahai Anak Adam..pakailah pakaian yang menutup AURAT mu..
Syaitan : "Ehh2!!tak payah..panas..takde style langsung macam tu..nampak kolot...!!
Manusia :"Alamak..!! dah lewat ke pejabat..
Malaikat : "Bersegeralah Wahai Anak Adam..menepati masa adalah amanah..
Syaitan : "Alah...awal lagi...tak payah kalut..nanti suruh si X yang punchkan....
Manusia : "Eh! azan dah berkumandang lah...
Malaikat : "Wahai Anak Adam...Bersegeralah menunaikan kewajipan perintah Allah..
Syaitan : "tak payah la kalut sangat..awal lagi ni..baru pukul berapa...
Manusia : "Ehh2..!! tak boleh tengok ni...berdosa...Allah..
Malaikat : "Wahai Anak Adam,alihkanlah pandanganmu..sesungguhnya Allah S.W.T
Maha Melihat dan Mengetahui!!..
Syaitan : "Perrggghh...!! best tu..tengok la..ala..bukan selalu pun..rugi tak tengok..
Manusia : "Ya Allah..!! Saudara ku sedang melakukan dosa..
Malaikat : "Wahai Anak Adam,Cegahlah kemungkaran tersebut dengan kemampuanmu
Syaitan : "yang kau nak sibuk kenapa? tak payah jaga tepi kain orang..lantak dia..!!
Manusia : "Elok aku sampaikan nasihat yang berguna ni pada orang lain..
Malaikat : "Wahai Anak Adam..Nasihat-menasihatilah sesama kamu...
Syaitan : "Nak nasihat apa..sendiri fikirlah..semua dah besar..!!
Manusia : "Ya Allah..Aku telah berdosa...Aku bertaubat ya Allah....!!..
Malaikat : "Wahai Anak Adam,Bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun...
Syaitan : "Tak payah la taubat2 lagi ni..umur muda lagikan..nanti2 la taubatnya..
enjoy dulu...
Manusia : "Aduhai..! letihnya hari ini...Allah! tak solat lagi ni.....
Malaikat : "Wahai Anak Adam..Taatilah Allah dan Rasulnya..Kebahagiaan di Dunia &
Akhirat untukmu...Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : "Hey Anak Adam!! ikutilah aku,Kebahagian di Dunia (sahaja) dan
Kebahagiaan di Akhirat (jangan mimpilah) Untukmu...!!
p/s :"jadi..marilah sahabat-sahabat sekalian kita muhasabah diri dan check balik...adakah kita semua macam nie....(^___^)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan