pengikut

--==


Jumaat, 4 November 2011

Diri ini...Jauh Dari-Mu...

"Malam yang penuh syahdu...malam yang penuh sayu..malam yang penuh dengan keinsafan...
aku lalai dalam hidup ku..aku lalai dalam ibadatku..aku lalai dalam tanggungjawabku.....
aku hanya mementingkan keseronokan dunia..aku hanya mementingkan keseronokan diri...aku hanya mementingkan keseronokan berbanding dengan hal yang lain....
aku merasakan diriku dah cukup sempurna...aku merasakan diriku kuat dan boleh melakukan apa-apa saja tanpa bantuan orang lain dan juga bantuan-Mu....


Adakah esok masih ku dapat merasakan keseronokan ini?? Adakah esok masih ku dapat merasakan diri ini kuat dan mampu membuat apa saja tanpa perlu bantuan orang lain seperti sebelum ini?? dan Adakah juga esok masih ku dapat merasakan nikmat dunia yang ku anggap seperti syurga ini lagi??

Andai esok diri ini hampir kepada kematian,adakah keseronokan dunia yang dibawa??
Andai esok diri ini hampir pada Allah S.W.T di akhirat kelak,adakah kelalaian dalam hidupku yang akan ku sembahkan di hadapan-Nya??...
Andai esok diri ini hampir pada Rasulullah S.A.W di timbangan kelak,adakah pengabaian tanggungjawabku sebagai umatnya akan ku berikan padanya??..


Ya Allah...betapa diri ini terlalu jauh dari-Mu...diri ini terlalu alpa dengan nikmat yang Kau kurniakan pada diri ini...diri ini sombong dengan-Mu ya Allah...
Ya Allah...betapa diri ini senang berdamping dengan syaitan laknatullah....diri ini sentiasa mengikut segala arahan syaitan kearah kemaksiatan berbanding dengan arahan-Mu yang kearah kebahagiaan...
diri ini memerlukan petunjuk Ya Allah....."








p/s..:..Ingatlah Allah S.W.T selalu wahai sahabat2 ku...jangan biarkan hidup kita ini di bimbing oleh syaitan laknatullah....hati-hati ya,...^_^...penyesalan tiada guna lagi..bila sudah hampir kepada KEMATIAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan