pengikut

--==


Ahad, 4 Disember 2011

Inilah Alasan Wanita Yang tidak Menutup Aurat Dan juga Jawapan untuk Mereka..


(gambar hiasan)

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA



1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..



2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."


Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?



3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..



4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?



5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?


Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Berjubah Tapi Telanjang???????/





Berhenti MeLUCAHkan Jubah Muslimah ! Berhenti MeSEKSIkan Jubah Muslimah.
Ini satu teguran penulis kepada pengusaha-pengusaha butik, kakitangan-kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu dan wanita-wanita Melayu Islam sekalian.


Mungkin di tanah arab, Jubah adalah satu pakaian budaya tetapi di Malaysia, Jubah adalah simbol pakaian mulia yang mencerminkan personaliti akhlak Islam. Jubah membawa imej Muslimah yang merendah diri, pemalu, sederhana dan mulia. Sudah pastinya, ciri utama Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat dan bukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.


Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasangJubah yang MAKSIAT.





Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.
Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.


Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !


Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya.


Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilahlonggar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita....

Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama

Penulis menamakan entri hangat kali ini “ Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama”.



Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.




Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.


Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.

Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.

Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.

Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS !





Kenapa Aku Seorang Perempuan???

Dulu,aku selalu tertanya..."mengapa aku dijadikan perempuan??..
aku cemburu dgn kaum lelaki....
mereka bebas ke mana sahaja mereka mahu..
kaum lelaki boleh buat sesuka hatinya...
kaum lelaki ada kuasa memimpin...
kaum lelaki bijak mengatur semuanya..
kaum lelaki lebih banyak masanya beribadah...
kaum lelaki ade hak membela kaum perempuan....
kaum lelaki itu,kaum lelaki ini...."...

Tapi bila dewasa,..
aku tahu hakikat sebenar.....
- jika aku lelaki,pasti aku menyalah gunakan kuasaku..
- jika aku lelaki,pasti aku akan memadukan isteri2 ku kerana sayang & ingin membela..
- jika aku lelaki,aku akan mengabaikan tanggungjawabku dirumah kerana semangat jihadku..
- jika aku lelaki,aku akan mengawal semuanya tanpa mengikut kata orang lain..
- Dan yg pasti jika aku lelaki,aku akan bongkak dengan ilmuku....

kini aku sedar akan hikmah Allah disitu...
aku bersyukur kerana aku adalah wanita....
aku bangga dengan kelebihan & kasih sayang Allah terhadap wanita..

- wanita adalah sayap lelaki...
- wanita adalah pelindung hati lelaki...
- wanita adalah penguat semangat lelaki..
- wanita adalah bidadari penghias syurga ilahi...
- wanita dipimpin,dibimbing dgn kasih sayang oleh insan bernama lelaki...
- wanita adalah saham bg lelaki atas setiap ibadah lelaki....

Begitu berharganya wanita disisi Allah,disisi lelaki dan dunia ...
Tapi sayang…
aku sedih melihat wanita yg mendedahkan "penghargaannya"...
Aku berazam supaya wanita yg hampir denganku…
akan aku didik mereka menjadi perhiasan yg Allah nilaikan....
Buat yg x tercapai olehku…
aku hanya mampu berdoa…
agar mereka tidak menjadi bahan api neraka....Aaminn..






Jumaat, 25 November 2011

Hanya Kau yang Penting Bagi ku....

Aku memandang ke luar jendela...menghirup udara segar di pagi yang indah lagi menyenangkan hati...Ya Rabbi...diri ku ini masih lagi terawang-awang mencari cinta-Mu setelah diri ini kehilangan insan yang amat ku sayangi..baru kini ku sedar betapa pentingnya seorang insan ini dalam hidupku...monolog ku sendirian..."Ibu....maafkan Nora bu...Nora banyak dosa pada ibu...!!nora..nora rindu ibu..nora rindu masakan ibu...Ibu...nora rindu pada ibu...!!pulanglah bu...!!..rintih hatiku...aku tahu..ibu tidak akan kembali lagi..kerana ibu sudah pergi jauh dari sisiku...masih terlakar di kotak fikiran ku apa yang telah ku lakukan pada ibu ku  selama ini......


"Nora!nora!"..aku mendengar suara ibu memanggil.."hish!apa lagi nie..kacau orang ja tahu..huh!"..rungutku di dalam hati..."ada apa bu?kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?"..dengan kasarnya aku bertanya.."nora boleh tolong ibu ke kedai kejap boleh tak?minyak masak dah habis.."pinta ibu ku..."ala..suruh la ecah pergi beli,nora sibuk la..."alasanku.."tolong ibu kejap nak,..ecah tak ada..adik kamu pergi tuisyen."..pinta ibuku lagi..."ibu nie tak faham-faham ke??nora sibukla!!ibu pergi sendirilah..hish...!!"..lantas ku naik ke bilik...lalu aku menelefon azura,sahabat karibku.."Hello!zu,jom kita pergi shopping nak?.."ok jom..aku ok ja.."jawab zura.."ok jom!..yess!..alamak!duit tak ada la pula...ish!macam mana nie?..ha!minta pada ibu la..."


"Ibu!ibu!...ish..mana pula perginya orang tua nie?.."tiada sahutan dari ibu...lalu aku pergi ke bilik ibu dan ku membuka pintu.."huh!sembahyang rupanya...lambatnya..."..rungutku..."Ibu!nora nak duit.."pintaku dengan kasar..."ibu tak ada duit nora.."bohong!ibu saja kan tak nak bagi nora duit..dekat ecah boleh pula bagi..dekat nora banyak pulak alasannya..cepatla..nora nak keluar dengan zura nie..!!.."betul nora...ibu tak ada duit...semua ibu bayar duit yuran tuisyen ecah.."ahhh!sudahlah..."lalu ku menolak ibu ku hingga ibu ku terjelopok di sisi katil.."kak nora!apa yang kak nora buat nie?"ecah meluru kearah ibu sambil bergenang air matanya...."ha!elokla kau ada...bak sini duit yang ibu kasi dekat kau.."pinta ku pada ecah pula.."mana boleh..duit tu ecah nak bayar yuran tuisyen ecah.."air mata ecah mengalir deras di pipinya..."aku kata bak sini duit tu bagi ja la..tak pasal-pasal aku tampar jugak kau nanti..!!.."tengkingku pada ecah.."bagi ja ecah..nanti ibu bagi duit lain ya nak.."lalu ecah hulurkan duitnya.."ha!kan senang macam nie..tak payah aku tengking-tengking kau..ok lah..nora tak balik malam nie.."Selama dua minggu aku tidak pulang ke rumah..aku tumpang tidur di rumah azura..bagi aku amat bosan balik rumah..yala..asyik-asyik nak mengadap muka ibu dan muka ecah ja...eeiii....!!!bosan-bosan...!!..lagipun duduk di rumah azura boleh la aku buat macam-macam..almaklumla..mak dan ayah dia pergi luar negara...


Hmmm...tiba-tiba rasa nak balik rumah la pulak...tiba di rumah.."ibu...Oooo...ibu!..nora balik nie...".tiada sahutan..."hish!mana pulak orang tua nie.."..lantas aku masuk mencari ibu.."di dapur tak ada..di ruang tamu tak ada..ish!mana pulak nie..aduh!dah la perut tengah lapar nie..lalu ke dapur sekali lagi dan lihat di atas meja..hah!satu makanan pun tak ada??"ibu...!!..makanan mana?? nora lapar nie..."lantas aku pergi ke bilik ibu.."huh!tak habis-habis sembahyang...!!..ibu..berhentila..pi la buatkan makanan..nora lapar nie...".."ibu tak larat nora..nora pergi masak sendiri ya..ibu dah lama tak makan masakan nora..."pinta ibu ku sambil tersenyum.."ahh..!nora mana pandai masak..saja nak kenakan nora kan...benci betul!lebih baik tak balik pun tak pa..bosan..!!.."tengkingku..."Nora!nora sedar tak apa yang nora cakap nie??..jangan cakap macam tu  nak..ibu tak ada niat pun nak kenakan nora..apa yang ibu cakap betul nak..ibu nak sangat merasa masakan nora sebelum ibu pergi ke dunia lain.."..kata ibu dengan linangan air mata.."ahh..!!sudahla..nora nak keluar...malas nak dengar leteran ibu tu..huh!.."nora..nora nak pergi mana nak??jangan tinggalkan ibu sorang-sorang...teman ibu ya..??..pinta ibu dengan suara yang sayu sambil menarik tanganku.."ish!pergi sanalah...apa pegang-pegang nie..!!"ku menolak ibu hingga dia terjatuh ke lantai lantas aku beredar dari rumah..fuh!aman dunia...


tut tut tut..!!hanset ku berbunyi.."hello!"..."assalamualaikum...kak nora..balik kak nora...ibu...ibu sakit..."..sayu suara ecah di pendengaranku.."ala...macam-macam la korang nie..tak boleh!aku sibuk..huh..tut tut tut..!!aku terus meletakkan panggilan...aku sambung semula kerja ku..ish!kenapa tiba-tiba rasa nak balik pulak nie...emm..balik la kejap...terus ku menahan teksi untuk pulang ke rumah....tiba di rumah..aik!apasal banyak sangat orang nie??..pelik..desis hatiku...aku meluru ke dalam rumah...dan aku melihat sekujur tubuh sedang baring di ruang tamu di selimuti dengan kain yang amat putih dan suci....aku jadi hairan..eh!sapa yang mati nie??..ku terpandang ecah yang sedang menangis di sisi mak su.."ecah..sapa yang mati nie??...ibu mana?.tanya ku kebingungan.."tu ibu...yang di balut kain putih tu...ibu la tu..memang yang nie akak mahu sangatkan..."sindir ecah sambil tersedu-sedu..."bukan-bukan...nie bukan ibu kan?..nie orang lain nie...kan mak su kan?..tanya ku pada mak su..mak su hanya diam saja..."mak su..jawabla...nie bukan ibu kan??...air mataku tak dapat di bendung lagi.."ibu...bangun bu...jangan tinggalkan nora...!!..rintihku..."semua nie akak punya pasal!!kalau akak tak tolak ibu hari tu..ibu takkan meninggal...ecah benci akak...!!".."ecah..jangan macam nie dik...."....ecah terus masuk ke biliknya...


"Nora..nie ada sepucuk surat untuk nora...arwah ibu bagi pada mak su sehari sebelum arwah meninggal..bacalah.."..mak su hulurkan surat kepada ku...lantas ku membukanya dengan hati yang sayu..


"Wahai anak ibu yang di kasihi dan di sayangi kerana Allah S.w.t selalu..


di saat nora membaca surat nie...ibu dah tiada di sisi nora...ibu pergi jauh dari nora...Nora bahagiakan bila ibu dah tiada.....


Nora puteri sulungku..ibu mohon maaf ya nak...selama ini ibu tak dapat menjadi ibu dan 'ayah' yang baik dan sempurna untuk nora..ibu banyak sakitkan hati nora..menyusahkan nora dan membuat nora benci untuk tengok muka ibu...tapi..ibu sayang nora .....sayang sangat-sangat....nora anak yang terbaik bagi ibu walaupun ibu tak dapat bagi kasih sayang yang sepenuhnya pada nora....nora jugak sayang ibu kan?....Nora anak yang solehah bagi ibu...


Nora puteri sulungku.....sampai di sini saja ya...ibu dah tak larat dah nak menulis...lepas nie ibu tak dapat tulis surat lagi untuk anak kesayangan ibu nie....ibu nak titipkan beberapa pesanan untuk puteri kesayangan ibu...amalkan dan sampaikanlah ya nak...


Nora sayang....jadi la anak yang solehah ya kepada ibu dan bapa mu yang akan datang..walaupun ia hanya ibu dan bapa angkat saja...hargailah jasa mereka ya nak..


Nora sayang.....jaga ecah baik-baik ya...moga-moga ecah jadi seperti kamu yang solehah...


Nora sayang.....jaga akhlak mu..jaga maruah mu dan jangan biar ia di nodai oleh sesiapa pun melainkan suami mu ya nak....


Nora sayang.....selalu doakan kesejahteraan untuk ibu dan ayah mu di alam sana ya...sesungguhnya doa-doa dari anak-anak yang soleh dan solehah nie di terima Allah S.W.T...


Nora sayang...berjuanglah di jalan Allah S.W.T dan syahidlah di jalan-Nya...agar kau dapat menjadi mujahidah yang menegakkan agama Allah S.W.T di dunia dan di akhirat...


Akhir kata..ibu mohon segala kesilapan ibu pada mu di maafkan ya nak...ibu salah..ibu tak dapat mendidik nora dengan baik...ibu pilih kasih..hanya pentingkan ecah dari Nora...maafkan ibu ya nak...pinta ibu..izinkan ibu pergi dengan aman ya.....


di sini saja tinta ku kepada mu Nora puteri kesayangan ku...."


"Ya Allah...ibu....ibu tak ada salah apa-apa pun dengan nora...nora yang banyak buat dosa pada ibu...!!..ampunkan nora bu..."rintih ku...


Segalanya tidak berguna lagi..kini ku tahu akan satu kebenaran..bahwa..ibu adalah segala-galanya dalam kehidupan ku....Aku kembali menutup jendela...aku ingin meneruskan kembali hidupku dan juga melaksanakan segala pesanan ibu..."ibu..nora dah jadi anak yang solehah..ibu tunggu nora di syurga ya...".










Sabtu, 5 November 2011

BerCinta.....boleh ke??..

Waduh...!!..zaman sekarang nie..kalau di tanya pada pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta apa itu erti cinta???
pasti akan mereka jawab.."cinta itu ialah suatu perasaan disayangi atau perasaan kita sendiri menyayangi orang lain yang amat sangat.."..(tak tahu la betul atau tidak)...
dan ada jugak yang kata cinta itu buta...ha....ini memang satu fakta yang tepat!cinta memang memang memang memang.....(banyak la pula..^_^)..BUTA!!buta dari segala hal...percaya atau tidak,itu memang sudah jadi kenyataan..buta dari segi wajah..buta dari segi akhlak dan macam-macam lagi la..hah!yang paling penting...cinta BUTA dari segi AGAMA....masyaallah.....

Bercinta atau dicintai atau mencintai memang dah jadi lumrah pada manusia zaman sekarang nie..
tapi..satu ja yang jadi pertanyaan di benak akal ini??..(tak kirala..sama ada diri ana atau orang lain..hehe..)..
mereka bercinta atau dicintai atau mencintai kerana apa ya??..nafsu ka??..agama??
hmm...tu yang jadi pokok soalan di dalam benak nie...

Bercinta...ikutlah panduan yang telah di syariatkan oleh agama Islam...panduan apa yang ditetapkan Islam dalam bercinta nie??..ha...ini dia..bercinta biarlah tidak melebihi cinta kita kepada sang pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T...tidak lah melebihi cinta kita kepada Kekasih Allah S.W.T iaitu Rasulullah S.A.W...dan juga tidak lah melebihi cinta kita kepada Agama yang mulia iaitu agama ISLAM....Bercintalah kerana Agamanya..bercintalah kerana ibadatnya kepada Allah s.w.t...bukan kerana kecantikan semata-mata...sebab nafsu semuanya tu...^_^...

Bercinta...janganlah lama-lama...nanti akan di bimbing oleh SYAITAN bila kita bercinta lama-lama nie..
tak percaya??..tapi itu la kenyataan..bila bercinta lama-lama,mula la rasa nak berjumpa...mula-mula jumpa kadang-kadang ja..lepas tu..terus jumpa selalu....ha..betul kan??..^_^..di sebabkan ini jugalah yang banyak berlakunya maksiat...sampai sekarang tak dapat di bendung lagi..Masayaallah...!!kalau nak jumpa selalu..lebih baik NIKAH la terus...semuanya HALAL bagimu wahai mujahid dan mujahidah sekalian...:-)..Bercinta inilah yang dibolehkan...^_^..

Bercinta...janganlah kerana Nafsu semata-mata..nanti ia juga akan di Pandu oleh SYAITAN...sebabnya bercinta kerana Nafsu nie akan membuat hidup kita sentiasa akan di penuhi dosa..iya la..kita hanya mahu kan wanita-wanita atau jejaka-jejaka yang seksi dan kacak dan juga mantap...betul kan??..^_^..
jadi...Bercinta iniah yang tak dibolehkan...ke arah ia akan membuka lorong kita untuk terjerumus di dalam kancah KEMAKSIATAN...nauzubillah...

Secara intihanya (wah..macam ayat nak buat karangan bahasa melayu pula..hehe)...Bercinta ini boleh..apabila kita mengikut segala panduan yang disyariatkan oleh Islam...Jadi..Nikahlah terus untuk mendapat keredhoan dan keberkatan Dari Allah S.W.T dalam percintaan kita ini...Sampai disini dulu ya..nanti kita kongsi-kongsi pendapat lagi ya..moga-moga apa yang di tulis nie dapat memberi manfaat kepada semua..insyaallah...moga ketemu lagi di catatan yang akan datang ya..Wallahu'alam...












p/s:- ingat ya semua..bercinta boleh..bila kita ikut syariat islam..kan lagi indah bercinta selepas kahwin tak gitu??..hehhe..nasihat ini untuk sahabat-sahabat semua..dan juga untuk diri hamba ini juga...^_____^
moga-moga ia memberi manfaat ya....maaf andai da kata-kata yang mengguriskan hati..komen ya jika ada pendapat-pendapat yang lain..dialu-alukan sangat...^_^..ana masih lagi baru dalam penulisan blog nie....ok..Selamat Beramal...